Korang mesti pernah guna penutup kuali kan? bukan periuk tau..kuali.
Tau tak korang yang penutup kuali nie adalah alat pemadam api secara tak langsungnya.
Mesti korang tak tau kan..? Tak pernah dengar kan? Hah..bukan semua orang ajar benda nie tau..kat sini aje..Biarlah ia rahsia..
.
Meh kita kongsi tips hari nie macam mana PENUTUP KUALI boleh menjadi alat pemadam api korang kat umah tue.
.
Bila kita tengah panaskan kuali, kalau nak selamat korang letak la penutup kuali tue sekali bersebelahan dengan dapur. Senang cite, berdekatan la ngan korang..apa-apa hal, cepat korang nak capai.
.
Sebab apa?
.
Jika kuali yang sedang panas tadi terbakar dek kerana minyak terlalu panas atau korang sengaja main handphone dan biarkan kuali tue panas keseorangan, penutup periuk nie la alat pemadam api korang..yang penting sekali, JANGAN PANIK tau.
Kenapa Penutup Kuali? tak penutup sampah ke..tudung saji ke..
Setiap kebakaran ada 3 elemen utama.
- Oksigen
- Bahan Api
- Haba
Senang aje caranya, korang pisahkan salah satunya. Macam mana? eh tak paham la..I confused la..penin penin….aku dah agak dah..
Macam nie, bila sesuatu kebakaran berlaku ia pasti akan melibatkan 3 elemen ini. Api terjadi bila ada bahan api(contoh : Minyak, lilin,) atau melibatkan haba yang melampau. Ia akan menjadi lebih besar apabila terdapatnya OKSIGEN yang membantu kebakaran.
Dah tue, apa function penutup kuali tadi??
lohh, tak paham lg..Penutup periuk tue bertujuan menutup terus bekalan OKSIGEN supaya api tidak terus marak..Ini dipanggil proses MENYAHOKSIGEN
Selepas korang dah tutup periuk tadi dengan penutupnya tue, pelan-pelan tutup suis dapur..

Contoh : korang amik lilin…bakarkan..korang akan nampak apinya berjoget-joget kan? skang korang amik gelas..dan korang tutup lilin tadi.. apa akan jadi? SILA JAWAB DI RUANGAN KOMEN. penat aku bebel sorang-sorang.
Sama aje apa akan jadi kalau penutup kuali tadi korang tutupkan pada kuali yang sedang marak dengan api. Bezanya, api kuali besar la skit dari api lilin.. So, hati-hati masa nak beraksi tue..
.
Dapat sesuatu hari nie dari Tips yang dikongsikan??
Jap,
Kalau korang ada budget, beli sebotol alat pemadam api sendiri. Senang hidup nanti. Bukan ada budget pegi beli penutup kuali banyak-banyak.. Tue buat hal namanya.
KLIK LA SAYA : Cuba KLIK !
Ikhlas:
-Si Alat Pemadam Api-